Tentang DBKL Mobis
Aplikasi Mobis
Aplikasi Mobis (Mobile Intergrated Service) adalah aplikasi mudah alih yang dapat membantu warga kota Kuala Lumpur untuk membuat bayaran dalam talian bagi perkhidmatan seperti Notis Kompaun, Cukai Taksiran dan perbaharui lesen DBKL.
Di masa akan datang, kami akan menambah fungsi bagi bayaran Sewa Perumahan Awam DBKL, Bayaran Bil Air DBKL dan lain-lain bayaran lagi bagi memudahkan urusan pembayaran perkhidmatan DBKL kepada warga kota.
Pengguna Berdaftar
Muat Turun
Transaksi sebulan
Perkhidmatan pembayaran
Apa ada pada Aplikasi DBKL Mobis
Semak dan Bayar Notis Kompaun Trafik DBKL
Semak Notis Kompaun Trafik DBKL anda secara mudah dan pantas menggunakan telefon bimbit
Semak dan Bayar Cukai Taksiran DBKL
Menyemak Bil Cukai Taksiran dan membayar terus menggunakan telefon bimbit
Memperbaharui Lesen DBKL
Yang telah mempunyai lesen DBKL, anda boleh memperbaharu lesen ini dengan menggunakan aplikasi DBKL Mobis
Talian Hotline DBKL
Terdapat 12 talian hotline pelbagai jabatan, dengan satu klik anda boleh terus menghubungi talian ini.
Senarai Lokasi Kaunter bayaran DBKL
Anda boleh terus navigasi ke kaunter bayaran yang telah disenaraikan