Soalan Lazim


1. 
Android atau IOS versi apakah yang sesuai untuk menggunakan aplikasi ini.
  • Android versi 4.1 dan ke atas
  • IOS semua versi

2. 
Saya telah membuat bayaran dan bank telah membuat penolakan wang namun di aplikasi Mobis menunjukkan bayaran tidak diterima.
  • Maklumat pembayaran anda akan dikemaskini dalam tempoh 48 jam

3. 
Berapa lama Aplikasi ini akan mengemaskini maklumat bayaran.
  • Notis Kompaun akan dikemaskini serta merta atau selewat-lewatnya 48 jam selepas transaksi Berjaya.
  • Perbaharui lesen dbkl akan dikemaskini serta merta dan sehingga 48 jam.
  • Cukai taksiran akan dikemaskini selepas 24 jam atau selewat-lewatnya 48 jam selepas transaksi berjaya.

4. 
Adakah saya akan menerima resit bayaran?.
  • resit pembayaran akan di hantar ke emel yang telah didaftarkan dan juga resit boleh dilihat melalui aplikasi MOBIS.
  • Sila rujuk di mobis.dbkl.gov.my untuk melihat manual pengguna untuk mendapatkan resit melalui aplikasi Mobis.

5. 
Saya membuat carian semakan notis kompaun/cukai taksiran/lesen tetapi saya telah menerima mesej ‘try again’.
  • Terdapat beberapa kemungkinan dimana anda akan menerima mesej ‘try again’ setelah membuat carian.
    • Maklumat carian yang anda masukkan tidak lengkap
    • Maklumat akaun tidak wujud.
    • Talian internet anda tidak stabil pada waktu carian dibuat.

6. 
Saya ingin membuat bayaran tetapi setelah klik ‘pay amount’ saya menerima mesej ‘try again’.
  • Terdapat beberapa kemungkinan apabila anda menerima mesej ‘try again’.
    • Talian internet anda tidak stabil pada masa pembayaran dibuat.
    • Anda Telah cuba membuat bayaran sebelum ini jadi anda perlu menunggu sekurang-kurangnya 30 minit untuk membuat bayaran kembali. Ini adalah kerana sistem kami perlu mendapatkan maklumat pembayaran daripada sistem bank supaya tiada pembayaran bertindih terhadap bayaran tersebut.

7. 
Saya sedang memuat turun aplikasi ini tetapi aplikasi ini susah untuk dimuat turun.
  • Aplikasi ini hanya bersaiz 8mb sahaja. Kemungkinan device anda sedang melakukan kemaskini pada aplikasi lain yang menyebabkan aplikasi mobis susah untuk dimuat turun.

8. 
Saya tidak boleh mendaftar kerana pernah mendaftar sebelum ini.
  • Anda boleh menggunakan Katalaluan untuk aplikasi Mobis sebelum ini terhadap aplikasi versi terbaru ini.
  • Fungsi terlupa kata laluan disediakan di aplikasi Mobis. Namun sekiranya terlupa alamat emel, tuan/puan boleh menghantar sebarang masalah ke aduan dbkl di url berikut http://ispaaadbkl.dbkl.gov.my

9. 
Saya terlupa kata laluan saya. Bagaimana?.
  • Anda boleh menggunakan fungsi lupa kata laluan di aplikasi Mobis dan anda akan menerima kod sementara di email. Sila gunakan kod ini utk reset katalaluan anda.

10. 
Bagaimana Cara log masuk.
  • log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan atau secara social login.
  • • Sila rujuk di mobis.dbkl.gov.my untuk melihat manual pengguna

11. 
Adakah cas tambahan akan dikenakan sekiranya membuat bayaran melalui aplikasi Mobis?
  • Tiada sebarang cas tambahan yang akan dikenakan setiap kali transaksi dibuat.

12. 
Mengapakah kadar kompuan yang dikenakan di dalam MOBIS tidak sama seperti di dalam resit?
  • MOBIS hanya berintegrasi dengan sistem-sistem yang terdapat di DBKL, maklumat kadar harga yang dikenakan bergantung pada sistem itu.

13. 
Bagaimana saya boleh melihat pembayaran yang telah dibuat?
  • Pembayaran yang telah dibuat akan dihantar ke emel yang berdaftar dan juga dapat dilihat di aplikasi MOBIS di bahagian informasi kemudian di pilihan transaksi

14. 
Apakah no akaun legacy untuk cukai taksiran?
  • No akaun legacy adalah no akaun lama di dalam sistem kewangan DBKL, Walaubagaimanapun kedua-dua no ini boleh digunakan di aplikasi Mobis.